Polisi Tempahan, Terma & Syarat.
1. TEMPAHAN & TEMPOH MASA MELENGKAPKAN TEMPAHAN
Semua belian di Aliveinvite.com akan mengikut harga semasa belian pelanggan. Pelanggan boleh melakukan tempahan awal walaupun tarikh majlis masih jauh untuk mendapatkan harga terkini. Kerja rekabentuk dan proses cetakan hanya akan dilakukan selepas pelanggan melengkapkan maklumat yang diperlukan.
Semua belian di Aliveinvite.com akan diproses berdasarkan tempoh masa berikut :
Produk Digital
Siap Terus
Proses Draf Pertama
Minima tiga (3) hari, maksima 10 hari selepas pelanggan melengkapkan maklumat di sistem AliveHQ.
Proses Cetakan
Minima 10, Maksima 20 hari selepas pelanggan memberikan pengesahan cetakan. (Tempoh masa tidak termasuk proses penghantaran)
Semua kiraan hari di atas tidak termasuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum. Julat masa tempoh proses adalah bergantung kepada beban semasa ‘drafter’ dan juga ‘que’ cetakan dan juga jenis produk. Aliveinvite.com akan melengkapkan proses sehingga hari maksima yang disenaraikan dan tidak akan melebihi hari maksima proses. Pelanggan boleh memohon untuk menjalankan tempahan dengan proses URGENT dengan tambahan kos 20% daripada harga belian. Tempoh masa penyiapan produk urgent ialah seperti dinyatakan dalam tajuk PROSEDUR “RUSH ORDER"
2. PRODUK DIGITAL ALIVE INVITE
Produk digital AliveInvite tertakluk kepada terma asas berikut :
2.1 Ia perlu disiapkan sendiri oleh pelanggan melalui dashboard, sebarang masalah boleh dirujuk kepada helpdesk support AliveInvite.
2.2 Produk ini tertakluk kepada pautan teknologi Google Map, Waze dan Instagram. Ia tertakluk kepada terma dan syarat juga ‘updates’ semasa daripada pemilik teknologi tersebut. Jika masalah yang pelanggan hadapi terkait dengan isu pemilik teknologi pautan, ia adalah diluar bidang penyelesaian Aliveinvite.com dan mungkin tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
2.3 Jika lokasi pelanggan tidak boleh diakses dengan Waze atau Google Map, pelanggan dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk ini atau boleh menggunakan produk ini tanpa fungsi peta ke lokasi.
2.4 Produk ini akan aktif selama 1 tahun dari tarikh ia mula digunakan. Aliveinvite.com berhak menyahaktifkan produk digital pelanggan selepas tempoh 1 tahun tanpa pemakluman notis kepada pelanggan.
2.5 Produk ini akan terus melalui proses ‘updates’ yang sentiasa berjalan untuk memastikan ia memenuhi keperluan teknologi pautan terkini dan memberikan pengalaman visual lebih baik kepada pengguna. Semua produk yang telah dibeli sebelum ‘updates’ berlangsung akan turut menerima ‘updates’ secara automatik.
2.6 Pelanggan dinasihatkan melihat ‘live preview’, mencuba sample dan memahami fungsi produk digital ini sebelum membeli. Tiada pemulangan akan diberikan jika pelanggan tidak menerima penggunaan produk ini selepas belian.
3. POLISI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN
Selepas setiap tempahan, Aliveinvite.com akan melakukan proses rekabentuk dan mendapatkan pengesan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan. Proses rekabentuk dan pengesahan akan dilakukan menggunakan sistem AliveHQ sahaja. Pelanggan akan dibantu oleh Client Support khas untuk memudahkan proses ini. Pengesahan melalui medium lain seperti email atau whatsapp tidak akan diterima. Pelanggan akan menerima SMS link untuk pengesahan rekabentuk dan proses cetakan. Aliveinvite.com tidak akan bertanggung jawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Akan berlaku situasi maklumat yang dibekalkan tidak diletakkan dengan betul oleh ‘drafter’ dalam produk cetakan akhir, pihak kami akan menjalankan proses menggunakan prosedur ini dan pelanggan bertanggungjawab untuk melakukan pengesahan terakhir untuk memastikan semua maklumat yang diletakkan adalah betul. Client Support kami akan sentiasa memaklumkan pelanggan untuk melakukan pengesahan dan membaca semua maklumat dengan penuh sebelum memberi pengesahan untuk mengelakkan kesilapan berlaku pada produk cetakan pelanggan.
4. KUALITI CETAKAN DAN WARNA
Aliveinvite.com menggunakan pencetak digital dan offset untuk menghasilkan semua produk keluaran Aliveinvite.com. Ketidakselarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir Aliveinvite.com ialah 5%-10% daripada warna di sample cetakan. Warna melalui monitor atau skrin komputer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai julat ralat 'standard' cetakan iaitu +/-5mm.
5. PENUKARAN PRODUK, KUANTITI & PAKEJ SEBELUM PROSES CETAKAN.
Pelanggan boleh menukar produk atau pakej kepada pakej atau produk baru dan melakukan perubahan kepada nilai, spesifikasi dan kuantiti selagi belum memasuki proses cetakan. Tiada pemulangan tunai dibenarkan, tetapi pelanggan boleh menukar nilai tersebut dengan belian tambahan produk lain. Setiap penukaran pakej dan produk akan dikenakan caj RM20.
Setiap belian adalah untuk satu jenis design dan setiap kuantiti kad bercetak akan berkongsi info dan maklumat yang sama. Cetakan dua maklumat berbeza dalam satu tempahan adalah tidak dibenarkan.
6. PEMULANGAN DAN PENUKARAN PRODUK SELEPAS PENERIMAAN
Jika pelanggan tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli, pelanggan boleh memaklumkan pihak Aliveinvite.com melalui helpdesk atau customer support Aliveinvite.com dalam tempoh masa tiga (3) hari selepas penerimaan dan memulangkan semula barangan tersebut dalam masa tujuh (7) hari selepas penerimaan (barangan perlu dibungkus semula dalam pek asal seperti ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada Aliveinvite.com. Pihak Aliveinvite.com berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal dipulangkan sepenuhnya. Tiada penukaran atau penggantian akan dilakukan dengan bukti bergambar. Kos penghantaran semula produk tidak akan ditanggung oleh Aliveinvite.com.
7. BARANGAN KEHABISAN STOK
Walaupun kami sedaya upaya akan memastikan kecukupan simpanan stok produk sedia ada, masalah kehabisan stok mungkin akan berlaku. Jika ini berlaku, pelanggan akan diberitahu melalui email atau sms.Jika pelanggan tidak ingin menunggu sehingga stok ada, pelanggan boleh membatalkan pesanan pelanggan dan pulangan nilai penuh akan dilakukan. Jika kami tidak menerima pembatalan pesanan pelanggan sebelum penghantaran barangan dilakukan, kami menganggap pelanggan bersetuju dengan penghantaran lewat. Jika kami tidak dapat menghantar barangan tersebut dalam masa 30 hari, pesanan pelanggan akan dibatal secara automatik dan pemulangan bayaran akan dilakukan. Jika sebahagian barangan dari pesanan pelanggan telah dibatalkan, pemulangan bayaran akan dilakukan mengikut jenis barangan yang telah dibatalkan sahaja.
8. BAYARAN
Pembayaran boleh dilakukan penuh terus. Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat.
9. PENGHANTARAN
Menjadi keutamaan kami untuk memastikan penghantaran produk kepada pelanggan dilakukan dengan baik. Semua penghantaran sekitar Semenanjung Malaysia akan dilakukan melalui syarikat kurier dilantik. Semua penghantaran akan dikenakan caj tambahan berdasarkan berat dan lokasi mengikut kadar semasa. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 1-3 hari bekerja. Pelanggan akan dimaklumkan melalui SMS apabila produk telah keluar untuk penghantaran.
Pelanggan akan dicaj penghantaran ke Semenjung Malaysia apabila melakukan belian di Aliveinvite.com. Kami boleh menguruskan penghantaran ke Sabah & Sarawak dengan caj tambahan. Caj ini perlu dibayar secara manual sebelum proses tempahan berjalan. Sila rujuk jadual di link ini untuk nilai bayaran tambahan penghantaran ke Sabah & Sarawak.
10. PEMBATALAN TEMPAHAN & PEMULANGAN DEPOSIT
Pembatalan tempahan dibenarkan jika produk masih belum dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan. Berikut ialah jadual kos yang akan dikenakan atas pembatalan tempahan :
a. Pembatalan tempahan sebelum kerja draf design dilakukan @ Caj RM10.00
b. Pembatalan tempahan selepas kerja design dilakukan tetapi belum melibatkan kerja pembetulan @ Caj 10% daripada nilai tempahan
c. Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ 20% daripada nilai tempahan
d. Pembatalan selepas kerja cetakan dilakukan @ Tiada pemulangan / caj penuh dikenakan
e. Nilai penuh tanpa caj akan dipulangkan jika pembatalan ialah atas sebab kegagalan Aliveinvite.com memenuhi jangka waktu proses yang tertera dalam polisi tempahan & jadual tempoh masa Aliveinvite.com.
f. Semua pemulangan adalah berbentuk baucar tunai yang boleh ditebus pada mana-mana website aliveinvite.com atau nikahsatu.com
11. PENUKARAN ATAU PERUBAHAN DESIGN ASAL & PEMBUATAN REKAAN KHAS
Semua rekaan di Aliveinvite.com ialah hakmilik pereka asal. Semua rekaan akan dimasukkan didalam website dan rekaan yang dimasukkan adalah tetap serta tidak boleh diubah elemen atau karekter rekaan tersebut. Font dan layout untuk kad cetak boleh dipilih dari pilihan font dan layout yang telah disediakan. Pelanggan boleh memohon untuk melakukan personalization atau custom design.
Info penuh mengenai Custom Design:
a) Pelanggan yang beli Kad Digital sahaja akan dikenakan caj RM100.00.
b) Pelanggan yang beli Kad Digital dan Bercetak beserta item lain TIDAK akan dikenakan caj RM100.00.
Walaubagaimanapun, pelanggan boleh memohon untuk tidak pamerkan rekaan tersebut diatas talian dengan membayar RM100.00.
Segala Custom Design mengikut prosedur oleh Aliveinvite.com, untuk info lengkap sila klik link ini: https://bit.ly/30TiOG3
Anda dinasihatkan memilih design dengan betul sebelum membuat belian. Penukaran design selepas pembelian dibuat akan dikenakan caj 10% dari nilai belian untuk pengubahsuaian design.
12. POLISI “RUSH ORDER'
Aliveinvite.com mempunyai polisi 'Urgent Order' untuk membolehkan pelanggan memohon untuk mempercepatkan proses rekabentuk dan pembikinan produk mereka. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk mempercepatkan proses melalui 'urgent order' ini bergantung kepada kondisi pengeluaran dan beban semasa Aliveinvite.com. Pihak Aliveinvite.com berhak untuk menolak permintaan 'Urgent Order' daripada pelanggan dalam keadaan beban semasa yang tinggi. 'Urgent Order' akan dikenakan caj tambahan 20% daripada nilai asal tempahan. Tempoh masa ‘Urgent Order’ akan mengikut tempoh masa berikut :
Proses Draf Pertama
Dua(2) hari selepas pelanggan melengkapkan maklumat di sistem AliveHQ
Proses Cetakan
5 hari selepas pelanggan memberikan pengesahan cetakan.
(Tempoh masa tidak termasuk proses penghantaran dan tidak termasuk cuti umum dan hujung minggu)
13. PENGIKLANAN LOGO JENAMA ALIVEINVITE
Semua harga jualan rasmi produk Aliveinvite.com ialah termasuk nilai pengiklanan jenama Aliveinvite.com di produk tersebut. Cetakan logo Aliveinvite.com di bahagian produk buatan Aliveinvite.com adalah standard pengiklanan jenama Aliveinvite.com. Pelanggan dibolehkan untuk tidak membenarkan Aliveinvite.com mengiklankan logo di produk tempahan mereka dengan membuat bayaran tambahan 20% daripada nilai keseluruhan belian/tempahan produk.
14. TANGGUNGJAWAB SOSIAL SYARIKAT
Semua harga pakej promosi yang diiklankan ialah berasaskan kepada 'CSR' syarikat bagi membantu mengurangkan beban kos perbelanjaan perkahwinan umat manusia. Adalah sentiasa menjadi keutamaan Aliveinvite.com untuk memastikan semua harga yang dipasarkan memberi nilai terbaik di pasaran.